Tuesday, 30 October 2012

Kisah cintaku dan dia

Perkenalan ku dengan nadziera zahil bt zahara @ nama sapaan manjernyer (nad) bermula ketika kali kedua ku menjejak kan kaki ke usim..saat pertemuan kami pun agak lucu ketika itu..Kebetulan masa tu dia bertindak sebagai pengurus acara senag cerita ajk protokol..Masa tu aku membuat persembahan nasyid dan perkenalan kami agak singkat ketika itu...
Tidak tahu kenapakah hati ini begitu tertarik padanya...seperti sudah lama aku menantikan wanita sepertinya muncul dalam hatiku.. Tetapi aku terpaksa meninggalkannya pada malam itu kerana harus kembali ke universiti utara malaysia tempat ku belajar..

Alhamdulillah hati ku kembali asyik apabila mendapati kelibatnya hadir dalam program ku yang menmpatkan tiga universiti utama di tanah air..(uum,um dan usim)..Aku tidah mahu berceloteh panjang mengenai itu.. Yang aku mahu sebut disini adalah dimana aku dapat mengungkapkan cinta ku kepadanya..Dan kini beliau menjadi sumber inspirasi aku ..

Hari demi hari perasaan ku bertambah cinta padanya,,Aku merasa rindu teramat sangat jika tidak mendengar suaranya,,tidak sms dengannya...mana tidaknya sorang di negeri sembilan dan sorang lagi tercampak nun jauh di kedah..yang kalau dihitung jaraknya amat jauh kira-kira 10 jam jika menaiki kenderaan..

Serius hati ini tidak dapat menipu kerana terlalu rindukannya..Tidak sabar mahu kembali ke tempat belajarku kerana situ sahaj tempatku boleh berhubung dengannya...itu sahaja daripadaku ..

**Nanti ada waktu terluang continue lagi..k..bye..

 

No comments:

Post a Comment